Saturday, July 24, 2010

Satu lagi kejayaan dalam hidup aku!

1.27 am
Berbekalkan kekuatan metal. Kekuatan fizikal. Keazaman yang tinggi. Sokongan moral dari kawan-kawan. Rokok.

Harini aku mencipta sejarah dalam hidup aku. Aku tutup berniaga jam 2.00 am. Tahniah Endy!

Bintang kecik - Aku terharu dengan kejayaan ini!

Tuesday, July 20, 2010

GEGO memang berGEGO-GEGO!!

16hb Julai 2010. Komuniti JOHO telah menganjurkan satu event yang telah diberi nama GEGO. Event ni memang hebat. Lokasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan. Memang rare sebab BSI ni adalah mercu tanda negeri Johor. Antara bangunan tertua di Johor juga. Kat event ni ada demo dari budak-budak skate, fixie dan juga budak-budak Soccer Bike. Aku kagum dengan mereka ni semua. Paling best bila tengok banyak budak basikal low-rider dan juga fixie. Tapi aku lebih tertarik dengan basikal low-rider. Mereka telah berjaya mengancungkan aku dengan basikal tu. Aku mesti dapatkan sebiji basikal low-rider ni! Hehe..
Ada juga show live band dari band-band indiependent Johor iaitu Radio Antik, Dewata, Redemption dan juga Plague of Happiness. Tapi aku berkesempatan nak layan Plague of Happiness je. tapi review semua cakap ketiga-tiga band lain hebat-hebat belaka! Waduhh..melepas. Ada juga sesi open mic yang menampilkan persembahan akustik dari sesiapa saja yang berani tampil membuat persembahan. Paling champion, geng-geng Aiman! Aku suka gile!
Tak lupa juga ada Junk Sale yang dianjurkan oleh Junk Junkies. Memang meriah. Sebanyak lebih kurang 70 booth menjual pakaian/barangan terpakai dan baru dibuka! Aku pun mengambil kesempatan untuk join Junk Sale ni. Gambar kat atas adalah booth aku. Sambutan meriah. Kami kaya sekejap. Hehe.. Kepada sesiapa yang nak beli secara online boleh juga klik kat SINI.
Terima kasih kepada sesiapa yang membeli barangan yang dijual oleh kami. Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang melepak di booth aku. Terima kasih kepada kekasih hati kerana join sama-sama. Terima kasih kepada JOHO kerana menganjurkan event yang hebat ni.

TAHNIAH!

Bintang kecik - Cukup annoying bila orang Johor tak tau Bangunan Sultan Ibrahim ni kat mana! Layak dibuang negeri!

Sunday, July 18, 2010

Fuh..menyelam barangan terpakai memang terbaik!!

Siang tadi..sebelum menonton Eclipse bersama kekasih hati, sempat juga aku menyelam ke kedai barangan terpakai di sekitar Johor ni. Semalam aku dah menyelam kat bundle berseorangan tapi harini target aku nak ke kedai barangan terpakai. Kali ni secara berduet dengan kekasih hati. Mungkin ada orang jijik dengan barangan terpakai ni, lagi-lagi pakaian bundle. Persetan dengan itu semua! Haa.. ni hasil selaman hari ni! SANGAT BERPUAS HATI!
KULA SHAKER 'K' CD
KULA SHAKER 'Peasants, Pigs & Astronauts' CD
KULA SHAKER 'Summer Sun' EP

PEARL JAM 'Vitalogy' CD
PEARL JAM 'On Two Legs - Live' CD
PEARL JAM 'No Code' CD
PEARL JAM 'Riot Act' CD
PEARL JAM 'Binaural' CD
PEARL JAM 'Yeild' CD
PEARL JAM 'VS' CD

RUSH 'Different Stages - Live' 3xCD
RUSH 'Retrospective 1981-1987' CD
BOB DYLAN 'Under The Red Sky' CD
BRUCE DICKINSON (Iron Maiden) 'Alive At Studio A' 2xCD
RONNIE JAMES DIO (Dio) ' The Elf Albums' CD
DIO 'Inferno: Last In Live' 2xCD
URIAH HEEP 'Live in Europe 1979' 2xCD
DOKKEN 'Live From The Sun' CD

LED ZEPPELIN Box Set 2xCD
PINK FLOYD 'Dark Side Of The Moon' 20th Anniversary Edition CD
SCORPION & Berliner Philharmoniker 'Moment Of Glory' Special Edition CD
JETHRO TULL 'Aqualung' 25th Anniversary Edition CD
JETHRO TULL 'Thick As A Brick' Box Set CD
ROLLING STONES 'Forty Licks' Hardback Edition CD
BLACK SABBATH 'The Ozzy Osbourne Years' Box Set 3xCD
RAINBOW 'The Best of Rainbow' Box Set 2xCD

Memang terbaik. Semua CD yg aku dapat ni aku belum pernah memilikinya. Sebelum ni beli kaset je sebab murah sikit. So, kali ni dapat CD dengan harga yang agak murah. Aku pun borong la semua. Tapi sampai rumah, aku kusut. Kat mana aku nak susun CD tu semua eh? Rak CD dah penuh. Aduhai.. Keje pengubahsuaian bilik kena buat ni. Mungkin aku akan berhibernasi selama beberapa hari untu kerja-kerja ubahsuai dan juga menghabiskan masa mendengar semua CD yang aku baru dapat ni! Yeay..

Bintang kecik: Sekadar berkongsi..

Tuesday, July 13, 2010

Jom kita kasi GEGO!!

16hb Julai 2010. Satu event gempak oleh komuniti JOHO. Macam-macam aturcara ada masa event ni. Ada live show dari local band, skate/bike/in-line demo, Motard autoshow dan juga Junk Sale. Lokasi di Bukit Timbalan, JB. Bermula dari jam 4.00 pm hingga lewat malam. Pastikan korang semua datang! Kat bawah ni adalah aturcara event tersebut ye:
4.00 pm hingga tamat

- Junk Sales
5.00 pm hingga 8.00 pm
- Laughter Yoga Workshop
- Open-mic session
- Skateboard demos
- BMX demos
- Fixie demos
- Motard (scrambler) Autoshow
8.30 pm hingga 9.30 pm
- Culture Malaysiana
9.30 pm hingga tamat
- GEGO live shows


So, di bawah ni peta lokasi di mana aturcara di atas akan dijalankan. Pastikan korang jangan sesat ye!

Kalau orang luar Johor nak datang, di bawah ni peta lokasi event GEGO ni akan diadakan. Senang je nak datang sini. Takkan sesat punya la!

Owh ya, blog shop aku juga akan buka booth kat event ni. Barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai. Kepada sesiapa yang geli nak pakai barangan terpakai ni, abaikan booth aku ye. Nak beli barang baru sila ke butik. Barang-barang yang aku akan jual kali ni ialah band tee, beg, kasut, buku dan juga CD. Kalau sesiapa yang nak dapatkan baju-baju band dengan harga special boleh la datang booth aku! Kepada yang nak beli secara online boleh la klik kat sini! So, kita jumpa pada 16hb Julai nanti ye!

Bintang kecik - For more info layari http://johobaru.blogspot.com/

Monday, July 5, 2010

World Cup tahun ni penuh dengan kesedihan!

Raja bolasepak dah tersungkur! Jelas kekecewaan di wajah mereka. Inilah hasilnya (lihat gambar di atas).. World Cup tahun ni dah lama tamat untuk aku bila Malaysia tak layak masuk World Cup lagi tahun ni. Bodo. Haha..

Bintang kecik - Nasib baik aku tak berjudi masa game Brazil - Belanda!

Friday, July 2, 2010

Akhirnya..Lady Gaga tersungkur juga!

Ye..aku lah yang paling style!

Eh..eh..eh..

Terpeleot la pulak..

Oh mak kau!

Adoyai!!

Aduh..padan muka aku!

Tu la kau, nak style pun berpada-pada la. Kan dah tersungkur. Tapi kau ni Lady Gaga, apa ada hal. Cuba ko ni Fasha Sandha ke, Tiz Zaqyah ke.. kompom ko kena gelak kaw-kaw!