Thursday, February 26, 2009

Ledakan matahari di Johor Bahru?

Ini bukan realiti tv. Tapi realiti. Sunburst KL '09 ada membuat kejutan pada tahun ini. Mereka memberi hak kepada kamu semua untuk mengundi band dari 5 buah negeri untuk perform di main stage Sunburst KL '09. 4 band dari negeri Johor telah dipilih iaitu Novelea, Green Love, Juno Hana dan Cholyra untuk merebut peluang ini. So, warga JB semua, mari kita mengundi. Berikut adalah lokasinya:
  • 28hb Februari 2009 - RHINO TERRACE, Johor Cultural & Sports Club, 623 Jalan Colonel Wilson, Johor Bahru. (Belakang Dataran Bandaraya)
  • 5hb Mac 2009 - CARRIBEAN BISTRO, No. 1, Jalan Dedap 3, Taman Johor Jaya, Johor Bahru. (Sebelah Daiman Bowl, Tmn. Johor Jaya)
  • 6hb Mac 2009 - SOHO ROOM BISTRO, 64, 66, 68 Jalan Sutera Tanjong 8/3, Taman Sutera Utama, Johor Bahru. (Sebelah Sutera Mall)
  • 7hb Mac 2009 - HOLA PUB & BISTRO, No. 14G, Jalan Dato' Abdullah Tahir, Kampung wadihana, Johor Bahru. (Depan Plaza DNP)
Masuk adalah percuma. PERCUMA beb!! Ada contest yang menawarkan tiket percuma ke Sunburst KL '09 juga. Realiti ni beb.. Pastikan pukul 9 malam dah ada sebab event mula pada pukul 9.30 malam. Bagi support sikit dekat local band kita ni.

DATANG TAU!

Bintang kecik - Sunburst tahun ni tak best! Tapi peduli apa, yang penting aku dapat all access pass! Aku nak ambik gambar dengan Korn! Hahaha..

Thursday, February 19, 2009

Hujung minggu, aku bantai berniaga je!

Fuhh.. weekend yang lepas memang paling busy buat aku dan kekasih hati. Kitorang belasah berniaga dari hari Jumaat hingga Ahad. Hari Jumaat dan Sabtu kitorang berniaga di Bazar JB menjual barangan-barangan terpakai (pre-loved), terdiri daripada baju, dress, cermin mata, beg dan banyak lagi. Kitorang bergabung tenaga bersama Matt dari Rebirth Concept Store menjual barang-barang tersebut. Sambutan amat menggalakkan. Memang puas hati la berniaga time tu. Dapat ramai kawan baru dikalangan pakcik-pakcik yang berniaga di situ. Diorang pun friendly juga. Cuma yang tak best, tempat kena berebut dengan peniaga lain. First come first serve! Tapi kami bernasib baik kerana beberapa orang peniaga kat situ tolong kitorang cari spot yang baik. So, kalau nak jumpa kitorang, datang la ke Bazar JB setiap hari Jumaat dan Sabtu ye.

Hari Ahad pula, kitorang bercadang nak buka booth menjual air di Pangsapuri Saujana. Ada sambutan Chinggay time tu. Kitorang bergabung tenaga dengan Anep yang menjual burger. Gile penat time ni. Orang tak putus-putus datang. Satu keputusan yang bijak oleh kekasih hati untuk menjual air time Chinggay ni. Keuntungan amat memuaskan hati! So, tiap-tiap tahun kitorang dah bercadang nak jual air time event ni! Yess..

Kesian awek gua, lepas ni susah la nak dating time hujung minggu!

Bintang kecik - Apa kelas berniaga kat UTM je? Tak berkembang langsung!!

Thursday, February 12, 2009

Iklan.. Iklan.. Iklan..

JB BAAZAR (Flea Market)

Tarikh: 13hb & 14hb Februari 2009 (Jumaat & Sabtu)
Masa: 7.00 mlm hingga 12.00 tgh mlm.
Tempat: Legaran Segget, Johor Bahru, Johor.

Kami (The Good Old Things & Rebirth Concept Store) ada menjual baju-baju band yang rare, dress wanita, blouse, kasut, CD dan piring hitam terpakai. Datang la melawat kami di sini. Harga boleh dirunding, yang penting beli!


Bintang kecik - Kepada sesiapa yang jijik dengan barangan terpakai, jangan sesekali datang tau.

Wednesday, February 11, 2009

Adohai.. badan aku gatal la pakai baju bundle! Wakluuu...


Macam sampah kan? Silap beb. Semua ni t-shirt band. Aku akan upload dalam blogshop aku. Macam-macam t-shirt band ada. Rajin-rajin la usha blogshop aku. Klik sini je. Mudah.

Sekian.

Bintang kecik - Kepada sesiapa yang tak pakai barangan terpakai, jangan sesekali tengok/baca entri ni.

Tuesday, February 10, 2009

Maceh je la..ite tak akai barang-barang terpakai..


the couple: new item's update, click http://the-good-old-things.blogspot.com

kasih (bukan nama sebenar): nper lak tetiber nk wat iklan lak dlm blog aku ni....ishhhhh

ir ib (bukan nama sebenar): iklan pe nih..xpki kot brg2 old things ni..the-good-brand-new-tihings..blehla

kasih (bukan nama sebenar): huahuahuahua....tau x per..hemmmmmmmmmm....

*******

Alamak bro, badan gatal-gatal ke kalau pakai pre-loved? Kalau nak pakai barang baru branded tapi kalau tak tau bergaya, aku rasa dah macam badut kot..

Aku rasa kita ni semua kena bersederhana kot. Tak kisah la nak pakai barang pre-loved or brand new tihings ke kan. Tak payah la nak kerek kot..

TAMPAR NAK?

bintang kecik - tihings? Apa maksudnya eh? Dah macam-macam kamus aku tengok, takde pun maksud dia? Chuel, ada suggestion?

Jawapan dari chuel:
tihing ni wa dah check.
short form untuk tahi+hidung = tihings.
sesuai digunakan untuk jimat space ketika menghantar sms.

Maceh cayang.. macakkan abang! Cayang dia..

Ini adalah spaghetti bolognese tau.

Apa, ingat lu je pandai masak? Awek gua pun pandai masak gak la.

Keikhlasan lebih penting dari KEPAKARAN memasak untuk berlagak! Baru nikmat.

Bintang kecik - Sumpah sedap! Dah boleh kahwin ni.

Maceh ye awak ace blog ite..ite cayang awak! Maceh..


" maceh sggp teman syg g beli brg..."

"maceh abg tulun syg..."

" maceh tulun syg wat psm.."

"ite atot la ecok nak present.."

"ite windu kat awak la.."

" maceh support ite.."

"sapew tew?"

" hem nk itut g kota tinggi.."

"x cedey...tp cedey kot.."

"neway maceh la abg byk luah kn maser gan syg.."

" hem maceh abggg..."


******

Alololo.. comelnye dia. Sweet je bila dengar dialog-dialog macam tu kan?

Rasa nak cubit-cubit je pipi kan?

Alolololo... TAMPAR NAK?

Wednesday, February 4, 2009

Jutawan fakir?

Aku baru sahaja selesai menonton dvd filem ini. Ini semua hasil hasutan kekasih hati aku yang mengatakan bahawa cerita ni best. Aku memang menyampah sikit nak menonton filem hindustan. Cerita 3 jam tapi part nyanyi dan joget beramai-ramai 1 jam setengah. Boleh tertidur aku. Tapi cerita ni lain. Memang hebat. Two thumbs up wa cakap lu!!
Sedikit info mengenai pengarah filem ini. Danny Boyle dilahirkan di Manchester dan pernah bekerja dalam bidang teater dan juga televisyen sebelum mula berjinak mengarah filem. Filem pertama beliau adalah Shallow Grave (1994) di mana beliau mula membina nama dalam bidang perfileman ini. Tetapi filem arahan beliau, Trainspotting pada tahun 1996 telah membuatkan beliau terkenal.
Sedikit sinopsis cerita ini. Mengisahkan seorang remaja berusia 18 tahun, Jamal Malik yang berasal dari kawasan miskin di Mumbai yang mengejutkan peminat rancangan "Who Wants To Be A Millionaire" di India dengan menjawab kesemua jawapan dengan tepat sehingga bergelar jutawan. Kehebatan pemuda ini menjawab dengan tepat telah mengakibatkan dia di tahan oleh pihak berkuasa kerana dia disyaki menipu. Dalam membuktikan dia tidak bersalah, Jamal telah menceritakan kisah kehidupan dia dan abangnya ketika kecil yang penuh ranjau. Setiap bab dalam kisah kehidupan Jamal, memberi jawapan kepada kesemua soalan-soalan di dalam rancangan tersebut. Inilah yang dinamakan takdir dan rezeki. Di dalam pada masa yang sama, pemuda ini menghadapi konflik dalam percintaan dan juga hubungan persaudaraan dengan abangnya.

Beberapa fakta menarik mengenai Slumdog Millionaire:
  • Filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel terkenal yang ditulis oleh Vikas Swarup iaitu 'Q & A' yang juga telah diterjemahkan kepada 32 bahasa.
  • Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal dari Manchester iaitu Danny Boyle yang juga pernah mengarahkan filem Trainspotting (1996).
  • Telah memenangi 4 anugerah dalam Golden Globe Award iaitu Best Motion Picture, Best Director, Best Screenplay dan Best Music.
  • Telah mendapat 10 pencalonan Oscar termasuk Best Film dan Best Director.
  • Tiada babak menyanyi dan berjoget beramai-ramai. Jadi running time untuk filem ini hanya 2 jam sahaja. Tetapi dibahagian akhir filem ini (masa keluar nama pelakon) ada babak menyanyi dan berjoget beramai-ramai oleh hero dan heroin filem ini. Cerita hindustan memang tak boleh lari dengan babak ni kot.
  • Tiada babak bergaduh beramai-ramai yang mengeluarkan bunyi bukan-bukan.
  • Tapi ada cacat sikit kat cerita ni. Macam mana remaja yang tak pernah mendapat pendidikan secara formal boleh speaking english siap dengan slang UK lagi? Tu yang tak logik sikit pada aku. Kecik-kecik dah boleh speaking. Padahal kalau dilihat dari surrounding budak tu memang tak masuk akal. Dunia dah berubah, teknologi semakin maju kot. Aku je yang kolot.
  • Seperti biasa, hero mesti ada rupa sikit. Tapi abang hero muka tak kacak langsung. Kalau dah nama adik-beradik mesti ada iras-iras kan?
  • Buat pertama kali aku menonton filem hindi dengan penuh khusyuk sambil berangan jadi jutawan.
Bintang kecik - Boleh rekemen kan aku filem hindustan yang takde joget-joget tak?

Rating - 3.5

Monday, February 2, 2009

Tragedi di Tahun Baru Cina..

Dah seminggu aku menyepikan diri. Aku cuti panjang. Seminggu aku tak online. Sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ni, macam-macam peristiwa berlaku. Tapi aku rasa kalau Tahun Baru Cina je dah macam 'suey' buat aku.

Tahun Baru Cina 2008..
Tahun Baru Cina 2009..
Kereta aku berpusing 2 kali. Last-last tersadai kat devider tepi jalan. Alhamdulillah, aku tak cedera teruk. Nak kata aku bawak kereta laju, kereta aku 'stended' je. Ekjoz pun tak bising. Apatah lagi enjin turbo. Tapi benda dah nak jadi, redha je la.

Peringatan: Kepada sesiapa yang memandu di JB, hati-hati dengan selekoh di hadapan Courts Mammoth Jalan Tun Razak. Banyak kejadian tidak diingini berlaku di sana. Aku salah seorang mangsa.

*****

Sepanjang cuti yang panjang tu, aku banyak menghabiskan masa bersama kekasih hati. Lokasinya ialah bundle-bundle dan kedai terpakai di sekitar JB. 'Menyelam' orang cakap. Ni lah hasilnya yang tak seberapa.
  • Boy Sets Fire t-shirt
  • Thursday t-shirt
  • Saves The Day t-shirt
  • Lynyrd Skynyrd US Tour 2005 t-shirt
  • Grateful Dead t-shirt
  • The Clash 'London Calling' t-shirt
  • Eagles 'Hotel California' LP
  • Billy Joel 'Glass House' LP
  • Uriah Heep 'Firefly' LP
  • AC/DC 'TNT' LP
  • Pearl Jam 'Vitalogy' LP
Semua ni nak pakai sendiri je. Tapi kalau ada sesiapa yang berminat, sila email aku. Harga boleh nego. Hehe..


Bintang kecik - Setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya kan?